
Sejarah, peraturan, peralatan, langkah keselamatan, dan susun atur permainan serta pemarkahan dipelajari dan dipraktikkan. Membuka dan pemasangan semula ‘marker’ dilakukan supaya kam
PARK AND OUTDOOR RECREATION MANAGEMENT IN MALAYSIA


Berkayak serta berkanu selama dua hingga tiga jam tidak menjadi bebanan. Hanya di sini kami dapat menikmati pengalaman berharga sebegini. Sebelum tarikh berangkatan ke perkhemahan yang sebenar, kami melakukan latihan setiap hari di kolam Kolej Serumpun bagi meningkatkan stamina dan mempelajari hal yang perlu. Cara- cara berkayak yang betul telah ditunjukkan oleh fasilitator yang juga pernah mengambil kursus ini. Anatomi kayak dan kanu diterangkan, cara duduk, memegang ‘padle’, cara kayuhan, perkara yang harus dilakukan semasa kecemasan, juga diajar oleh para fasilitator yang sanggup meluangkan masa mereka untuk mengajar kami.. Kredit untuk mereka yang terlibat. =)Selain itu, anatomi bot aluminium, inflatable, dinghy dan juga enjin tidak ditinggalkan. Cara penjagaan yang betul diterangkan dan diperlihatkan sebelum kami sendiri melakukannya. Tidak lupa juga cara penggunaan alatan seperti set generator dan juga pam air yang akan digunakan di tapak kem. Penjagaan tali, cara mengikat, memasang ‘flying fox’ dan ‘abseiling’ dipraktik disini dan dirasai sendiri. Alatan kecemasan ‘First Aid Kit’ semasa menjalankan aktiviti juga telah ditunjukkan dalam sesi pengajaran yang santai.Orienteering air adalah satu aktiviti yan pertama kali dijalankan. Ia memerlukan kemahiran berkayak serta menggunakan kompas dengan betul. Memori ini tetap akan tersimpan di kotak ingatan kerana pengalaman yang dikutip di sini tidak dapat dipelajari di dalam kelas. Semoga sinaran mentari pagi di Tasik Temenggor akan dapat dilihat oleh pelajar seterusnya.



Kursus ini telah dijalani sepanjang semester lepas antara Januari hingga Mei sesi 2010/2011 seramai 19 orang pelajar. Disini adalah merupakan medan kepada pelajar-pelajar untuk mengenali dunia pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang terlatih untuk melakukan sesuatu aktiviti ataupun program. Kami dilatih unutk menguruskan organisasi sendiri, menguruskan kewangan, dan seterusnya. Pengembaraan bermula di kem Banding dan seterusnya Paintball sehingga ke Pulau Bidong. Setiap aktiviti mematangkan peserta dari segi kognitif, afektif serta psikomotor yang kemudiannya dapat dipraktik dalam kehidupan seharian seterusnya dibawa ke alam pekerjaan.




