Sunday, October 2, 2011

Bazar pameran K3 sempena Minggu perkasa Putra






Booth’ K3 yang menampilkan pelbagai jenis keperluan rekreasi sama ada rekreasi tali, air, sukan paintball, pendakian serta aktiviti marin ternyata telah menarik minat para pelajar baru. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menggunakan ‘marker’ paintball dan melakukan ‘target shooting’.


Selepas hujan renyai turun, cuaca yang cerah mula menjelma bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, pelajar baharu mula memenuhi perkarangan kawasan pameran khususnya both K3 yang sangat menarik perhatian dengan menawarkan "TARGET SHOTING PAINTBALL" bayaran dikenakan Rm 3 untuk 15 pallet.Antara peserta yang tabah menunggu giliran untuk target shooting(paintball).



Cuaca pada hari pameran adalah mendung di awal pagi dan diikuti hujan renyai.Ini tidak mematahkan semangat kami sebagai krew K3 untuk memastikan pameran yang dijalankan adalah berjalan lancar.Layout both disusun dengan rapi bagi memastikan kelancaran semasa pameran dijalankan.

Di setiap bahagian ada krew yang bertugas bagi memastikan interpretasi aktiviti yang dijalankan adalah lebih jelas apabila ditanya berkenaan Scuba diving, aktiviti tali , aktiviti air seperti kayak dan sebagainya.
Merangkul Tempat pertama

pameran ini juga telah membuka mata pelajar baharu dimana terdapat kelab yang sungguh unik iaitu menawarkan perkhidmatan rekreasi dimana jarang sekali di realisasikan oleh kelab lain.

‘Booth’ telah diserbu oleh mereka yang teruja dengan aktiviti rekreasi sebegini yang mungkin akan mendorong mereka untuk menyertai kelab yang menawarkan khidmat berekreasi. Dan ini menjadikan Johan bagi pameran Kelab dan Persatuan telah disandang oleh K3.‘

No comments: