Wednesday, October 12, 2011

Persediaan Karnival Rekreasi Pesta Konvo 2011/2012 (Part 1)


Karnival Rekreasi Pesta Konvo 2011/2012 akan tiba tidak lama lagi iaitu pada tarikh 14-19 Oktober 2011. Sebagai persediaan, pelajar-pelajar K3 telah berbincang dengan bersemangatnya untuk membuat beberapa aktiviti untuk ditawarkan kepada pengunjung-pengunjung yang datang pada hari tersebut. Antara aktiviti yang menjadi perbincangan hangat adalah :

  • Flying fox
  • Canopy walkway
  • Tyrolean
  • Kayak
  • Kenu
Setelah perbincangan dibuat dan perjalanan aktiviti sudah dibahaskan, kami memulakan aktiviti membina platform di bukit ekspo. Pembinaan platform dibuat secara berperingkat-peringkat. Karnival Rekreasi ini bukan sahaja disertai oleh pelajar-pelajar Kelab Kepimpinan dan Kejurulatihan Rekreasi tetapi juga dibuat dengan kerjasama pelajar yang mengambil subjek pemprograman.


Seramai 23 orang termasuk pelajar programming telah bergilir-gilir untuk datang membuat platform. Platform tersebut telah mula dibuat pada hari sabtu (8/10/2011) dan masih lagi dalam proses untuk siap.


Ini adalah antara aksi-aksi pelajar yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan platform dengan gigihnya. Kesemua pelajar-pelajar yang terlibat telah memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap karnival ini dan sentiasa ada sokongan padu daripada pensyarah, alumni, dan staf-staf yang berkaitan.
Bukan mudah untuk menyiapkan platform yang agak besar ini dan memerlukan kayu yang sangat banyak. Bentuk platform yang terhasil telah menunjukkan kreativiti pelajar. Sumber kayu diperolehi daripada usaha pelajar sendiri kerana tiada bekalan kayu yang diberi. Oleh sebab itu, pelajar harus mencari kayu dengan inisiatif sendiri. Pengangkutan kayu juga dilakukan sendiri dengan menaiki motorsikal. Walaupun agak sukar, pelajar masih berusaha juga untuk menyiapkan tugas-tugas mereka.




Beginilah rupa kerangka platform no 1 yang kami buat. Agak tinggi dan lebar. Bukan sahaja satu platform yang harus dibuat tetapi tiga!


Pertukaran shift kerja berlaku disini. Menunjukkan kerjasama yang sangat padu antara kumpulan kami. Selain daripada itu, apa yang istimewa tentang kumpulan kami pada tahun ini, karnival rekreasi pesta konvo ini bukan sahaja dikelola oleh kelab kepimpinan dan rekreasi luar tetapi juga dibantu oleh pelajar-pelajar kelas programming. Mereka datang untuk membantu meringankan beban kami.



Setiap ikatan yang dibuat harus lah ketat dan betul. Ini untuk memastikan keselamatan pengguna di hari kejadian kelak. Segala ilmu yang diperolehi semasa kelas Kemahiran Rekreasi Luar FHR 3616 telah dicurahkan sepenuhnya dalam menjayakan program ini.






Pelajar-pe;ajar perempuan juga turut turun padang untuk membantu apa yang patut. Mereka telah membantu pelajar lelaki dalam penyusunan barang-barang yang digunakan untuk kerja-kerja pertukangan dan juga tali-tali yang digunakan.



Selain itu, pelajar perempuan juga telah membantu menghulur barangan-barangan yang ingin digunakan untuk membuat platform. Jadi, kerjasama semua pihak dapat dilihat semasa pembinaan platform ini.


Ini lah di antara kayu-kayan yang digunakan oleh kami dimana semua kayu-kayu adalah kayu yang diguna semula.



Untuk mengangkat atau menghantar barangan yang berat, kami telah menggunakan sistem pulley. Dengan ada nya sistem ini, kerja menjadi lebih senang dan cepat kerana barang-barang yang berat dapat diangkat ke pokok dengan mudahnya.

Melepaskan penat seketika setelah bekerja.




Terima kasih juga kepada senior-senior yang akan bergraduat, En. Syahalan dan En. Jobil kerana datang menjenguk kami di tempat kejadian. Sokongan anda amatlah dihargai oleh kami. :D
Antara orang kuat yang membantu kami dalam menjayakan program ini, En. Muhd Redzuan Ab Rani. Pengalaman beliau dalam menjayakan program ini dapat membantu kami meng"upgrade"kan lagi program ini.

Ini baru part 1. Nantikan update blog ini part 2, untuk melihat platform yang sudah siap dan tali-tali yang sudah dinaikkan :D

1 comment:

senior sayang adik said...

ingat aspek keselamatan masa memasang platform. jangan cuai. gambar yang tak memberi contoh yang baik eloklah dibuang.