Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Program Ekplorasi Rakan K3



Pejumpaan malam ini bersama rakan baru K3 di Sanggar 12 pada jam 8.30malam.... Perjumpaan bertujuan untuk memberi serba sedikit taklimat berkenaan dengan Program Eksplorasi Rakan K3 yang akan berlangsung pada 31 Julai - 1 Ogos 2010 di Bukit Ekspo....Semoga program ini bejalan lancar seperti yang dirancangkan....AMIN!!


Tuesday, July 13, 2010

Bazar Persatuan memang best...










Persatuan Bazar yang diadakan pada Sabtu 10 Julai 2010 mendapat sambutan yang cukup menggalakkan... terdapat 44 buah gerai yang menyertai bazar ini dan sudah semestinya kelab K3 tidak terkecuali... program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang. Walaupun keadaan cuaca yang sangat panas, ini tidak membantutkan semangat ahli K3 untuk membuat promosi kepada orang ramai. Keadaan menjadi lebih happening apabila semakin ramai yang datang mengunjungi gerai K3 dan mereka sangat berminat serta teruja dengan aktiviti-aktiviti yang K3 jalankan. Terima kasih kepada mereka yang datang mengunjungi gerai K3. Pekara yang paling best apabila gerai K3 diumumkan sebagai pemenang tempat Ke-2 diantara 44 buah gerai yang menyertai Bazar Persatuan 2010..TAHNIAH KEPADA KELAB K3!!!

Kehadiran En. John yang memeriahkan lagi Gerai K3 di Bazar Persatuan 2010...Kemenangan tempat ke-2 antara 44 buah gerai milik K3...TAHNIAH!!!!

Thursday, July 8, 2010

Promosi...?


Pada 10 Julai 2010 Kelab K3 akan menyertai program Bazar Persatuan 2010 bertempat di Bukit Ekspo pada pukul 8.30 pagi hingga 12.20 tengahari. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah Universiti kepada pelajar-pelajar baru sesi Julai 2010/2011. Kelab K3 mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang ke UPM.... !!

Wednesday, February 18, 2009

AMALI TASIK TEMENGGOR 2009

Amali Rekreasi Air akan diadakan pada 25 April - 4 Mei di Pulau Perhilitan, Tasik Temenggor. K3 & Alumni dijangka sibuk turut sama membantu memantapkan kemahiran para pelajar FHR3616. Sama-sama kita doakan semua berjalan lancar

Monday, February 11, 2008

Rentis Mat Kilau

Pada kali ini, dengan pendekatan pengajaran oleh En Sam Shor Nahar Yaakob, beliau telah merencana amali lapangan bagi disiplin "mountaineering" dan jelajah hutan diadakan di Denai Mat Kilau, Kg Pasir Raja, Ulu Terengganu - Kg Bantal, Ulu Tembeling, Pahang. Ekspedisi tersebut dijalankan pada 1-8 Februari 2008, merangkumi 4 aktiviti utama iaitu pacuan 4 roda, jelajah dan pendakian gunung, meredah persisiran sungai dan berakit. Seramai 17 orang peserta kursus FHR 3616 bersama 5 fasilitator K3 terlibat dalam amali ini.

Aktiviti penilaian ekspedisi ini diselia oleh pensyarah kursus dengan bantuan fasilitator K3 dan beberapa alumni FHR3616; antaranya En Ihsan, En. Apau dan En. Chek Ku Zamzuri.

Seramai 3 orang gaid dari kalangan orang Melayu tempatan Kg Pasir Raja (En Jantan, Abg Mie dan Madi) terlibat membantu perjalanan dan persiapan sepanjang ekspedisi tersebut. Plan to Mat Kilau Trail? (contact guide En Jantan 014-8499090 / 09-8331082)

Laporan ekspedisi, movie dan brochure telah disiapkan dan akan dipapar kemudian.