Monday, September 26, 2011

KEM BANDING (28 Jan – 6 Feb 2011) Pulau Banding, Tasik Temenggor, Perak Kemahiran Rekreasi Air, Tali dan Perkhemahan Alam Liar ‘Do You Brave Enough?



Disini bermula segala perjalanan kami untuk memahirkan diri dalam bidang rekreasi. Tenaga pengajar yang sanggup mencurahkan ilmu bukan sembarangan tingkat ilmu dan pengalamannya. Ia membuatkan kami berasa sangat bertuah kerana terpilih untuk menyertai kursus ini. Sukan air iaitu berkayak sangat pe
nting buat kami kerana ia menjadi ‘kenderaan utama’ kami di pulau tersebut.


Berkayak serta berkanu selama dua hingga tiga jam tidak menjadi bebanan. Hanya di sini kami dapat menikmati pengalaman berharga sebegini. Sebelum tarikh berangkatan ke perkhemahan yang sebenar, kami melakukan latihan setiap hari di kolam Kolej Serumpun bagi meningkatkan stamina dan mempelajari hal yang perlu. Cara- cara berkayak yang betul telah ditunjukkan oleh fasilitator yang juga pernah mengambil kursus ini. Anatomi kayak dan kanu diterangkan, cara duduk, memegang ‘padle’, cara kayuhan, perkara yang harus dilakukan semasa kecemasan, juga diajar oleh para fasilitator yang sanggup meluangkan masa mereka untuk mengajar kami.. Kredit untuk mereka yang terlibat. =)

Selain itu, anatomi bot aluminium, inflatable, dinghy dan juga enjin tidak ditinggalkan. Cara penjagaan yang betul diterangkan dan diperlihatkan sebelum kami sendiri melakukannya. Tidak lupa juga cara penggunaan alatan seperti set generator dan juga pam air yang akan digunakan di tapak kem. Penjagaan tali, cara mengikat, memasang ‘flying fox’ dan ‘abseiling’ dipraktik disini dan dirasai sendiri. Alatan kecemasan ‘First Aid Kit’ semasa menjalankan aktiviti juga telah ditunjukkan dalam sesi pengajaran yang santai.Orienteering air adalah satu aktiviti yan pertama kali dijalankan. Ia memerlukan kemahiran berkayak serta menggunakan kompas dengan betul. Memori ini tetap akan tersimpan di kotak ingatan kerana pengalaman yang dikutip di sini tidak dapat dipelajari di dalam kelas. Semoga sinaran mentari pagi di Tasik Temenggor akan dapat dilihat oleh pelajar seterusnya.







No comments: