Tuesday, September 27, 2011

Pameran K3 Foyer Fakulti Perhutanan, UPM

Pameran ini dilakukan bersempena untuk meraikan alumni- alumni yang mengunjungi Hari Terbuka Fakulti Perhutanan. Segala aktiviti dan peralatan yang berkaitan disusun atur dengan menarik dan ia berjaya menarik perhatian alumni-alumni yang hadir malah ia juga telah menarik pelajar yang sedia ada untuk bertanya lebih lanjut.






Ini menampakkan bahawa kursus rekreasi semakin penting dan dapat membuka mata dan minda khalayak mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi. Bagi kami, rekreasi ialah satu kaedah pembelajaran yang menarik dan seronok dan ianya tidak dapat dipelajari hanya dari pancaran ‘powerpoint’ di dalam kelas.