Tuesday, September 27, 2011

Kem Paintball (4 – 6 Mac 2011) Program Pengenalan Asas Sukan Paintball ‘Dead or Alive’


Paintball sukan yang semakin meniti di bibir remaja- remaja pada masa ini. Sukan ‘adventure’ seperti ini semakin digemari dan mampu menarik perhatian penggemar sukan ini. Kem ini telah dijalan
kan di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.


Menyusun atur bagi melancarkan perjalanan perlawanan setiap game



Sejarah, peraturan, peralatan, langkah keselamatan, dan susun atur permainan serta pemarkahan dipelajari dan dipraktikkan. Membuka dan pemasangan semula ‘marker’ dilakukan supaya kam
i lebih mendalami anatomi ‘gear’ terpenting dalam permainan ini. Cara penyusunan gelanggang juga dilakukan dari membersihkan dari benda yang mempunyai risiko mencederakan seperti batu, lalang yang tinggi dibersihkan daripada permukaan gelanggang.

Di sini juga kami dilatih unutk mahir dari segi pengurusan masa, kerana kami adalah penganjur, kami juga pemain dan kami jugalah marshal bertugas. Jadi, sediakan diri anda! Ready for ten second….Go! Go! Go!



Monday, September 26, 2011

KEM BANDING (28 Jan – 6 Feb 2011) Pulau Banding, Tasik Temenggor, Perak Kemahiran Rekreasi Air, Tali dan Perkhemahan Alam Liar ‘Do You Brave Enough?



Disini bermula segala perjalanan kami untuk memahirkan diri dalam bidang rekreasi. Tenaga pengajar yang sanggup mencurahkan ilmu bukan sembarangan tingkat ilmu dan pengalamannya. Ia membuatkan kami berasa sangat bertuah kerana terpilih untuk menyertai kursus ini. Sukan air iaitu berkayak sangat pe
nting buat kami kerana ia menjadi ‘kenderaan utama’ kami di pulau tersebut.


Berkayak serta berkanu selama dua hingga tiga jam tidak menjadi bebanan. Hanya di sini kami dapat menikmati pengalaman berharga sebegini. Sebelum tarikh berangkatan ke perkhemahan yang sebenar, kami melakukan latihan setiap hari di kolam Kolej Serumpun bagi meningkatkan stamina dan mempelajari hal yang perlu. Cara- cara berkayak yang betul telah ditunjukkan oleh fasilitator yang juga pernah mengambil kursus ini. Anatomi kayak dan kanu diterangkan, cara duduk, memegang ‘padle’, cara kayuhan, perkara yang harus dilakukan semasa kecemasan, juga diajar oleh para fasilitator yang sanggup meluangkan masa mereka untuk mengajar kami.. Kredit untuk mereka yang terlibat. =)

Selain itu, anatomi bot aluminium, inflatable, dinghy dan juga enjin tidak ditinggalkan. Cara penjagaan yang betul diterangkan dan diperlihatkan sebelum kami sendiri melakukannya. Tidak lupa juga cara penggunaan alatan seperti set generator dan juga pam air yang akan digunakan di tapak kem. Penjagaan tali, cara mengikat, memasang ‘flying fox’ dan ‘abseiling’ dipraktik disini dan dirasai sendiri. Alatan kecemasan ‘First Aid Kit’ semasa menjalankan aktiviti juga telah ditunjukkan dalam sesi pengajaran yang santai.Orienteering air adalah satu aktiviti yan pertama kali dijalankan. Ia memerlukan kemahiran berkayak serta menggunakan kompas dengan betul. Memori ini tetap akan tersimpan di kotak ingatan kerana pengalaman yang dikutip di sini tidak dapat dipelajari di dalam kelas. Semoga sinaran mentari pagi di Tasik Temenggor akan dapat dilihat oleh pelajar seterusnya.







FHR 3616 (2011) - KURSUS KEMAHIRAN REKREASI LUAR

Kursus ini telah dijalani sepanjang semester lepas antara Januari hingga Mei sesi 2010/2011 seramai 19 orang pelajar. Disini adalah merupakan medan kepada pelajar-pelajar untuk mengenali dunia pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang terlatih untuk melakukan sesuatu aktiviti ataupun program. Kami dilatih unutk menguruskan organisasi sendiri, menguruskan kewangan, dan seterusnya. Pengembaraan bermula di kem Banding dan seterusnya Paintball sehingga ke Pulau Bidong. Setiap aktiviti mematangkan peserta dari segi kognitif, afektif serta psikomotor yang kemudiannya dapat dipraktik dalam kehidupan seharian seterusnya dibawa ke alam pekerjaan.

Monday, July 19, 2010

Program Ekplorasi Rakan K3



Pejumpaan malam ini bersama rakan baru K3 di Sanggar 12 pada jam 8.30malam.... Perjumpaan bertujuan untuk memberi serba sedikit taklimat berkenaan dengan Program Eksplorasi Rakan K3 yang akan berlangsung pada 31 Julai - 1 Ogos 2010 di Bukit Ekspo....Semoga program ini bejalan lancar seperti yang dirancangkan....AMIN!!


Tuesday, July 13, 2010

Bazar Persatuan memang best...










Persatuan Bazar yang diadakan pada Sabtu 10 Julai 2010 mendapat sambutan yang cukup menggalakkan... terdapat 44 buah gerai yang menyertai bazar ini dan sudah semestinya kelab K3 tidak terkecuali... program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang. Walaupun keadaan cuaca yang sangat panas, ini tidak membantutkan semangat ahli K3 untuk membuat promosi kepada orang ramai. Keadaan menjadi lebih happening apabila semakin ramai yang datang mengunjungi gerai K3 dan mereka sangat berminat serta teruja dengan aktiviti-aktiviti yang K3 jalankan. Terima kasih kepada mereka yang datang mengunjungi gerai K3. Pekara yang paling best apabila gerai K3 diumumkan sebagai pemenang tempat Ke-2 diantara 44 buah gerai yang menyertai Bazar Persatuan 2010..TAHNIAH KEPADA KELAB K3!!!

Kehadiran En. John yang memeriahkan lagi Gerai K3 di Bazar Persatuan 2010...Kemenangan tempat ke-2 antara 44 buah gerai milik K3...TAHNIAH!!!!

Thursday, July 8, 2010

Promosi...?


Pada 10 Julai 2010 Kelab K3 akan menyertai program Bazar Persatuan 2010 bertempat di Bukit Ekspo pada pukul 8.30 pagi hingga 12.20 tengahari. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah Universiti kepada pelajar-pelajar baru sesi Julai 2010/2011. Kelab K3 mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang ke UPM.... !!

Wednesday, July 7, 2010

Indahnya Pulau Bidong........

Amali yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar kursus FHR3616... Amali yang terakhir serta menarik menjadikan pelajar-pelajar kursus ini tidak sabar dan menghitung hari untuk tiba die destinasi terakhir di Pulau Bidong. Amali Selam Scuba Rekreasi Marin dijalankan di Pulau Penyelidikan Marin Universiti Malaysia Terengganu, Pulau Bidong, Terengganu selama 4 hari 3 malam iaitu bersamaan 3 - 7 Mei 2010. Selain mempelajari ilmu Rekreasi Marin, kepada yang layak untuk dive mereka berpeluang untuk mengambil lesen dive (open water) dan kepada mereka yang kurang layak, mereka disediakan dengan aktiviti-aktiviti yang khas seperti snorkelling, kayak laut, melawat pulau Vietnam, mencandad sotong dan memancing...