Wednesday, February 18, 2009

AMALI TASIK TEMENGGOR 2009

Amali Rekreasi Air akan diadakan pada 25 April - 4 Mei di Pulau Perhilitan, Tasik Temenggor. K3 & Alumni dijangka sibuk turut sama membantu memantapkan kemahiran para pelajar FHR3616. Sama-sama kita doakan semua berjalan lancar

Friday, January 23, 2009

Amali Gunung Liang Barat-Timur (LEW), Perak



Untuk sesi ini, amali penjelajahan hutan dan gunung telah diadakan di Gunung Liang yang terletak di Rezab Hutan Behrang, Tg Malim, Perak. Ini merupakan Amali Pendedahan merangkap Disiplin Jelajah Gunung dijalankan pada 26-29 Jan 2009. Seramai 34 orang terlibat dalam amali yang terdiri dari 17 orang pelajar dan 2 fasilitator (Talab & Tam) dengan diiringi oleh pensyarah kursus, En Sam Shor Nahar, En Sopi pembantu makmal, 3 pegawai Perhilitan, 2 kakitangan Jab Hutan Perak Selatan dan 3 org guide.

Amali telah berjalan selama 4 hari 3 malam, di Kem Sg. Liang sebelum memulakan perjalanan ke Kem Pucuk Liang. Di sepanjang pendakian, pelajar turut menjalankan aktiviti inventori sumber rekreasi, kajian "trampling impact" (penyelidik : En Talab pelajar master) dan Pengukuran Impak Denai (penyelidik : En Tam pelajar ijazah pertama).

TAHNIAH KEPADA PELAJAR FHR3616, FAKULTI PERHUTANAN UPM!!!!

Thursday, January 15, 2009

Announcement to ALUMNI FHR3616........pls response

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Alumni FHR3616

Saya doakan semua sihat dan berjaya. Kepada bekas pelajar FHR3616 & EDU3515.......anda dipohon memberi maklumat diri dan emailkan ke pensyarah kursus di email: akoblori@gmail.com.

Maklumat yg diperlukan adalah NAMA, BATCH (gelaran kumpulan), DIMANA BEKERJA, JAWATAN (optional), E-MAIL, CONTACT NO & URL (jika ada).

Alumni yg telah response

1. En Mohd Alfenzi b Abdul Razak (Tioman), Perhilitan Keluang Johor 019-7947741
2. Zulkifli Mohamed aka BINGAI. Assistant Director Tourism Malaysia 019-3724602
3
. Khairul Hazri Mohd Arif (Tioman), Perhilitan Hulu Langat 012-6346341
4. Mohd Aswad Ramlan (Tioman)
, FRIM 012-5049209
5. Mahathir Mohamad (Tioman) Institut Biodiversiti Perhilitan 09-2790448/017-6978805



KE ARAH PEMANTAPAN KURSUS FHR3616 (SESI 2009)

Selamat Datang para pelajar baru FHR3616....semester ini terdapat beberapa perkara baru dalam kursus. Ianya bertujuan untuk menerap dan memantapkan lagi kemahiran di kalangan pelajar. Antaranya

RIB (Rigid Inflatable Boat) - telah disiapkan oleh MSET, Terengganu dan akan digunakan untuk melancarkan aktiviti air di Tasik Temenggor pada hujung semester kelak. Menggantikan bot2 lama yg bocor dan telah rosak, this new RIB dijangka akan bergerak lancar bertindak sebagai marsyal bagi mengawasi keselamatan para pelajar ketika disiplin jelajah kayak dan kenu tasik dan efektif untuk tujuan aktiviti rescue dan perhubungan cepat. Di harap para pelajar dapat mempelajari teknik pengemudian dan penyelenggaraan dengan baik. Terimakasih pihak Fakulti Perhutanan dan UPM


Disiplin Jelajah Hutan dan xpdc - Gunung Liang Barat & Timur (6,300 kaki sahaja). Aktiviti penilaian sumber pelancongan denai akan turut dijalankan. So far persediaan berjalan lancar. Nampak banyak ilmu baru pelajar perolehi. Also trip kali ini mendapat kerjasama baik dari Jab Hutan Daerah Perak Selatan dan Jab Perhilitan Selangor (mereka mendaki sama, dijangka students akan dapat mempelajari banyak ilmu dari pengalaman mereka).

Static Camp (waterbased recreation) masih tempat lama di Tasik Temenggor. Alumni pls response for arrangement with speakers in-out.

Monday, January 12, 2009

SENARAI PELAJAR FHR3616 2009


PELAJAR FHR 3616 2009


NUR HAFIZAH BINTI IDRIS
MUHAMAD NORHISHAM BIN YAHAYA
NORNASREENI BINTI ABDUL MANAP
MOHD KHAIRUL MUBIN B. AB SATAR
NURUL HANA BINTI MOHD SAYUTI
MUHAMAD OMAR BIN RAZALI
NURFARHANA BINTI AHMAD
MOHD AKMAL BIN ABDUL KARIM
AMIRAH BT ALIAS
MOHD SYAZWAN BIN RASHID
JOYCE JOEY LIBES
SHAHALAN BIN JAINUDDIN
MAZIAH BT MAHTAR
MOHD SOLEHUDDIN BIN HANAFIAH
SITI NURSYADIQ BT ANUAR
MOHD HANIFF BIN SOFIAN
NOR AMARLINA BINTI ROSLI


9org PELAJAR PEREMPUAN

8org PELAJAR LELAKI

Saturday, December 20, 2008

Gunung Tahan 1

Awal Januari 2009 ada aktiviti tahunan mencuci rentis Gunung Tahan. Saya tidak pasti tarikh yang tepat. Saudara dan saudari yang berminat mungkin boleh bertanya kepada mereka yang sepatutnya.

Saya masih ingat pengalaman mendaki Tahan sebanyak 5 kali. Ia ternyata gunung yang betul-betul membuatkan saya rasa sangat menghargai rekreasi dan seluruh pengalaman semasa melaluinya.

Sepatutnya saya mula mendaki Gunung Tahan dalam satu program kerjasama dengan PERHILITAN Perlis semasa masih bersekolah menengah. Tapi sayang selepas dana yang diperlukan mencukupi, saya telah dipilih mewakili pasukan ragbi bawah-18 negeri untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia yang diadakan di Shah Pekan, Pahang pada tahun 1999.

Saya terpaksa dikeluarkan daripada senarai peserta (saya mewakili Persatuan Kadet Bersatu Malaysia waktu itu) kerana tidak dapat menghadiri latihan dan juga kursus wajib selama 3 hari 2 malam di PERHILITAN kerana mengikut jadual, saya masih berada di Shah Pekan dan Kejohanan hanya tamat pada hari yang sama mereka mula tiba di Merapoh.

Saya mengikut RECCANS, Kelab Rekreasi dari Kolej Canselor waktu itu sebaik saja pulang dari Kursus Standard 25 hari di Outward Bound (SC455). Pada waktu itu Dr. Azlizam juga ikut serta bersama Talang dan Tunggong (senior K3) kerana urusan pengambilan data. Memandangkan saya agak fit kerana baru pulang dari Kursus Standard, maka tidak sukar untuk saya mengikut tempo pendakian. Mendaki dari Merapoh ke Kuala Tahan ternyata satu pengalaman yang sangat menarik. Ada pengajaran penting di sana dari hal berkasut kerana seorang daripada peserta tercabut kukunya kerana tersepak akar semasa hari pertama program!

Tidak lama selepas pendakian pertama ini, Dr. Azlizam mengajak saya ikut serta bersama kursus Eko-Pelancongan mendaki lagi. Menurut para senior, saya boleh dikira sangat bertuah kerana dapat mengikut pendakian ini kerana sangat jarang junior seperti saya diberi peluang sebegini.

Entah kenapa, tanpa sedar, 3 pendakian pertama saya ke Gunung Tahan adalah bersama Dr. Azlizam. Sekali ikut serta bersama kami ialah Pakcik Baharom dan sekali Encik Abbas di mana kami tiba di Kuala Tahan pada pukul 4 pagi!

Sebenarnya dalam aspek mendaki ini, terlalu banyak risiko yang boleh kita bincangkan. Selain daripada itu, saya kira kajian popular di fakulti tentunya berkaitan impak terhadap pelbagai aspek. Kajian Ihsan pernah diiktiraf sebagai salah satu daripada pembentangan terbaik pada tahun 2003/2004 jika saya tidak silap.

Gunung sebagai sumber rekreasi sebenarnya menyimpan banyak rahsia tentang kehidupan dan interaksi manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar. Saya berharap dapat menyudahkan G7 saya sebelum umur 30. InsyaAllah, saya berhasrat membukukan semua pengalaman saya satu hari nanti.

Tuesday, November 25, 2008


Gambar ini saya ambil tanpa kebenaran dari blog En. Hisyam Che Mat. Berita lanjut boleh didapati di sana.

Saya gembira melihat gambar ini kerana di sana ada sesuatu yang sering saya usulkan kepada para pensyarah di UPM berkaitan perkembangan rekreasi (khususnya rekreasi luar di Malaysia).

Sebagai orang yang punya minat dalam bidang politik, saya melihat kerja kita belum cukup kuat untuk meletakkan bidang rekreasi di tempatnya yang sebenar. Tapi, di luar sana masyarakat sebenarnya telah sedia menerima rekreasi (dalam pengertian luwes).

Tidak sukar - tanya saja apa yang kita semua inginkan selain daripada persoalan kerja sehari-hari....bayangkan...semuanya rekreasi bukan?

Boleh dikatakan semua yang ada di dalam gambar ini telah saya jumpa. Sebab itu saya tersenyum dan cukup gembira kerana saya yakin ada sesuatu di sana....