Tuesday, November 25, 2008


Gambar ini saya ambil tanpa kebenaran dari blog En. Hisyam Che Mat. Berita lanjut boleh didapati di sana.

Saya gembira melihat gambar ini kerana di sana ada sesuatu yang sering saya usulkan kepada para pensyarah di UPM berkaitan perkembangan rekreasi (khususnya rekreasi luar di Malaysia).

Sebagai orang yang punya minat dalam bidang politik, saya melihat kerja kita belum cukup kuat untuk meletakkan bidang rekreasi di tempatnya yang sebenar. Tapi, di luar sana masyarakat sebenarnya telah sedia menerima rekreasi (dalam pengertian luwes).

Tidak sukar - tanya saja apa yang kita semua inginkan selain daripada persoalan kerja sehari-hari....bayangkan...semuanya rekreasi bukan?

Boleh dikatakan semua yang ada di dalam gambar ini telah saya jumpa. Sebab itu saya tersenyum dan cukup gembira kerana saya yakin ada sesuatu di sana....

1 comment:

hisyamchemat said...

Halal Amin. Saya tak kisah. Sebenarnya kalau ikutkan saya, ramai lagi yang nak dijemput. Apa boleh buat, tempat terhad. Itupun Wilderness Centre Langkawi datang sampai 3 orang. Alhamdulillah diskusi tersebut berjaya mencapai matlamatnya.