Awal Januari 2009 ada aktiviti tahunan mencuci rentis Gunung Tahan. Saya tidak pasti tarikh yang tepat. Saudara dan saudari yang berminat mungkin boleh bertanya kepada mereka yang sepatutnya.
Saya masih ingat pengalaman mendaki Tahan sebanyak 5 kali. Ia ternyata gunung yang betul-betul membuatkan saya rasa sangat menghargai rekreasi dan seluruh pengalaman semasa melaluinya.
Sepatutnya saya mula mendaki Gunung Tahan dalam satu program kerjasama dengan PERHILITAN Perlis semasa masih bersekolah menengah. Tapi sayang selepas dana yang diperlukan mencukupi, saya telah dipilih mewakili pasukan ragbi bawah-18 negeri untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia yang diadakan di Shah Pekan, Pahang pada tahun 1999.
Saya terpaksa dikeluarkan daripada senarai peserta (saya mewakili Persatuan Kadet Bersatu Malaysia waktu itu) kerana tidak dapat menghadiri latihan dan juga kursus wajib selama 3 hari 2 malam di PERHILITAN kerana mengikut jadual, saya masih berada di Shah Pekan dan Kejohanan hanya tamat pada hari yang sama mereka mula tiba di Merapoh.
Saya mengikut RECCANS, Kelab Rekreasi dari Kolej Canselor waktu itu sebaik saja pulang dari Kursus Standard 25 hari di Outward Bound (SC455). Pada waktu itu Dr. Azlizam juga ikut serta bersama Talang dan Tunggong (senior K3) kerana urusan pengambilan data. Memandangkan saya agak fit kerana baru pulang dari Kursus Standard, maka tidak sukar untuk saya mengikut tempo pendakian. Mendaki dari Merapoh ke Kuala Tahan ternyata satu pengalaman yang sangat menarik. Ada pengajaran penting di sana dari hal berkasut kerana seorang daripada peserta tercabut kukunya kerana tersepak akar semasa hari pertama program!
Tidak lama selepas pendakian pertama ini, Dr. Azlizam mengajak saya ikut serta bersama kursus Eko-Pelancongan mendaki lagi. Menurut para senior, saya boleh dikira sangat bertuah kerana dapat mengikut pendakian ini kerana sangat jarang junior seperti saya diberi peluang sebegini.
Entah kenapa, tanpa sedar, 3 pendakian pertama saya ke Gunung Tahan adalah bersama Dr. Azlizam. Sekali ikut serta bersama kami ialah Pakcik Baharom dan sekali Encik Abbas di mana kami tiba di Kuala Tahan pada pukul 4 pagi!
Sebenarnya dalam aspek mendaki ini, terlalu banyak risiko yang boleh kita bincangkan. Selain daripada itu, saya kira kajian popular di fakulti tentunya berkaitan impak terhadap pelbagai aspek. Kajian Ihsan pernah diiktiraf sebagai salah satu daripada pembentangan terbaik pada tahun 2003/2004 jika saya tidak silap.
Gunung sebagai sumber rekreasi sebenarnya menyimpan banyak rahsia tentang kehidupan dan interaksi manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar. Saya berharap dapat menyudahkan G7 saya sebelum umur 30. InsyaAllah, saya berhasrat membukukan semua pengalaman saya satu hari nanti.
PARK AND OUTDOOR RECREATION MANAGEMENT IN MALAYSIA
Saturday, December 20, 2008
Tuesday, November 25, 2008

Gambar ini saya ambil tanpa kebenaran dari blog En. Hisyam Che Mat. Berita lanjut boleh didapati di sana.
Saya gembira melihat gambar ini kerana di sana ada sesuatu yang sering saya usulkan kepada para pensyarah di UPM berkaitan perkembangan rekreasi (khususnya rekreasi luar di Malaysia).
Sebagai orang yang punya minat dalam bidang politik, saya melihat kerja kita belum cukup kuat untuk meletakkan bidang rekreasi di tempatnya yang sebenar. Tapi, di luar sana masyarakat sebenarnya telah sedia menerima rekreasi (dalam pengertian luwes).
Tidak sukar - tanya saja apa yang kita semua inginkan selain daripada persoalan kerja sehari-hari....bayangkan...semuanya rekreasi bukan?
Boleh dikatakan semua yang ada di dalam gambar ini telah saya jumpa. Sebab itu saya tersenyum dan cukup gembira kerana saya yakin ada sesuatu di sana....
Friday, November 14, 2008
Alumni
Saya dengan sukacitanya menemukan dua blog dari hasil super senior kita:
1) En. Hisyam Che Mat - kini pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM Shah Alam. Mungkin sebahagian kita telah bertemu beliau dalam kunjungan singkat dalam kem-kem sebelum ini (tak silap saya beliau hadir di Bukit Ekspo beberapa kali termasuk semasa batch saya - Tioman).
2) En. Zainal Arshed - mantan Koordinator Latihan di Outward Bound Malaysia, Lumut (OBML).

Thursday, November 13, 2008
Penarafan Sijil Kepimpinan Rekreasi Luar
Saya baru selesai mengikuti kursus Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 2 anjuran Jabatan Belia Selangor untuk Zon Tengah 2008. Alhamdulillah kursus ini amat bermanfaat. Saya mendapat makluman ini dari super-senior kita yang kini mengajar di UiTM iaitu Encik Hisyam Che Mat.
Saya ada berbincang dengan pegawai Jabatan Belia yang menguruskan hal ini dan bercadang untuk menganjurkan sendiri kursus Tahap 1 untuk kita di UPM. Beliau mencadangkan kepada saya untuk mencontohi UiTM di mana semua pelajar rekreasi di sana bergraduat dengan sijil Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 1, 2 dan 3 melalui program tersusun mengikut silibus. Ya, sudah tentu program kita sangat mirip dengan UiTM dan kita mampu melaksanakannya.
Jika kita berminat, kita boleh menjadikan program Perkhemahan Asas FHR3616 sebagai Kursus Tahap 1 atau menjadikan Kursus Tahap 1 sebagai program rasmi K3.
Saya percaya hal yang baik ini dibawa ke peringkat perbincangan yang serius oleh pensyarah kita dan saya menawarkan diri untuk membantu.
Kepada kalian yang berminat untuk mengambil Tahap 1 sebelum terus ke Tahap 2 dan Tahap 3, sediakan peserta antara 30-40 orang dan saya boleh bawa kertas kerja cadangan ke Jabatan Belia. Kita ada pilihan, jika nak menunggu peruntukan Jabatan Belia, ia akan mengambil masa kerana peruntukan terhad untuk pelbagai program. Pilihan lain ialah mengeluarkan belanja sendiri bagi menguruskannya. Atau mungkin kita boleh usulkan perkongsian perbelanjaan.
* Bila tulisan ini memasukkan perkataan amat bermanfaat, ia tidaklah sampai menutup bahawa ruang untuk pembaikan itu cukup luas sebagaimana diungkap oleh Benjamin Franklin bahawa ruang yang paling luas di dunia ialah ruang untuk penambahbaikan.

Friday, October 17, 2008
Tuesday, September 16, 2008
Belajar Kayak 1
Siri belajar kayak secara online akan dimuatkan. Jika anda ada video-video tempatan yang menarik untuk dimuatkan (berkaitan rekreasi luar sahaja!) sila maklumkan kepada kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)