Awal Januari 2009 ada aktiviti tahunan mencuci rentis Gunung Tahan. Saya tidak pasti tarikh yang tepat. Saudara dan saudari yang berminat mungkin boleh bertanya kepada mereka yang sepatutnya.
Saya masih ingat pengalaman mendaki Tahan sebanyak 5 kali. Ia ternyata gunung yang betul-betul membuatkan saya rasa sangat menghargai rekreasi dan seluruh pengalaman semasa melaluinya.
Sepatutnya saya mula mendaki Gunung Tahan dalam satu program kerjasama dengan PERHILITAN Perlis semasa masih bersekolah menengah. Tapi sayang selepas dana yang diperlukan mencukupi, saya telah dipilih mewakili pasukan ragbi bawah-18 negeri untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia yang diadakan di Shah Pekan, Pahang pada tahun 1999.
Saya terpaksa dikeluarkan daripada senarai peserta (saya mewakili Persatuan Kadet Bersatu Malaysia waktu itu) kerana tidak dapat menghadiri latihan dan juga kursus wajib selama 3 hari 2 malam di PERHILITAN kerana mengikut jadual, saya masih berada di Shah Pekan dan Kejohanan hanya tamat pada hari yang sama mereka mula tiba di Merapoh.
Saya mengikut RECCANS, Kelab Rekreasi dari Kolej Canselor waktu itu sebaik saja pulang dari Kursus Standard 25 hari di Outward Bound (SC455). Pada waktu itu Dr. Azlizam juga ikut serta bersama Talang dan Tunggong (senior K3) kerana urusan pengambilan data. Memandangkan saya agak fit kerana baru pulang dari Kursus Standard, maka tidak sukar untuk saya mengikut tempo pendakian. Mendaki dari Merapoh ke Kuala Tahan ternyata satu pengalaman yang sangat menarik. Ada pengajaran penting di sana dari hal berkasut kerana seorang daripada peserta tercabut kukunya kerana tersepak akar semasa hari pertama program!
Tidak lama selepas pendakian pertama ini, Dr. Azlizam mengajak saya ikut serta bersama kursus Eko-Pelancongan mendaki lagi. Menurut para senior, saya boleh dikira sangat bertuah kerana dapat mengikut pendakian ini kerana sangat jarang junior seperti saya diberi peluang sebegini.
Entah kenapa, tanpa sedar, 3 pendakian pertama saya ke Gunung Tahan adalah bersama Dr. Azlizam. Sekali ikut serta bersama kami ialah Pakcik Baharom dan sekali Encik Abbas di mana kami tiba di Kuala Tahan pada pukul 4 pagi!
Sebenarnya dalam aspek mendaki ini, terlalu banyak risiko yang boleh kita bincangkan. Selain daripada itu, saya kira kajian popular di fakulti tentunya berkaitan impak terhadap pelbagai aspek. Kajian Ihsan pernah diiktiraf sebagai salah satu daripada pembentangan terbaik pada tahun 2003/2004 jika saya tidak silap.
Gunung sebagai sumber rekreasi sebenarnya menyimpan banyak rahsia tentang kehidupan dan interaksi manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar. Saya berharap dapat menyudahkan G7 saya sebelum umur 30. InsyaAllah, saya berhasrat membukukan semua pengalaman saya satu hari nanti.
PARK AND OUTDOOR RECREATION MANAGEMENT IN MALAYSIA
Saturday, December 20, 2008
Tuesday, November 25, 2008
Gambar ini saya ambil tanpa kebenaran dari blog En. Hisyam Che Mat. Berita lanjut boleh didapati di sana.
Saya gembira melihat gambar ini kerana di sana ada sesuatu yang sering saya usulkan kepada para pensyarah di UPM berkaitan perkembangan rekreasi (khususnya rekreasi luar di Malaysia).
Sebagai orang yang punya minat dalam bidang politik, saya melihat kerja kita belum cukup kuat untuk meletakkan bidang rekreasi di tempatnya yang sebenar. Tapi, di luar sana masyarakat sebenarnya telah sedia menerima rekreasi (dalam pengertian luwes).
Tidak sukar - tanya saja apa yang kita semua inginkan selain daripada persoalan kerja sehari-hari....bayangkan...semuanya rekreasi bukan?
Boleh dikatakan semua yang ada di dalam gambar ini telah saya jumpa. Sebab itu saya tersenyum dan cukup gembira kerana saya yakin ada sesuatu di sana....
Friday, November 14, 2008
Alumni
Saya dengan sukacitanya menemukan dua blog dari hasil super senior kita:
1) En. Hisyam Che Mat - kini pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM Shah Alam. Mungkin sebahagian kita telah bertemu beliau dalam kunjungan singkat dalam kem-kem sebelum ini (tak silap saya beliau hadir di Bukit Ekspo beberapa kali termasuk semasa batch saya - Tioman).
2) En. Zainal Arshed - mantan Koordinator Latihan di Outward Bound Malaysia, Lumut (OBML).

Thursday, November 13, 2008
Penarafan Sijil Kepimpinan Rekreasi Luar
Saya baru selesai mengikuti kursus Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 2 anjuran Jabatan Belia Selangor untuk Zon Tengah 2008. Alhamdulillah kursus ini amat bermanfaat. Saya mendapat makluman ini dari super-senior kita yang kini mengajar di UiTM iaitu Encik Hisyam Che Mat.
Saya ada berbincang dengan pegawai Jabatan Belia yang menguruskan hal ini dan bercadang untuk menganjurkan sendiri kursus Tahap 1 untuk kita di UPM. Beliau mencadangkan kepada saya untuk mencontohi UiTM di mana semua pelajar rekreasi di sana bergraduat dengan sijil Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 1, 2 dan 3 melalui program tersusun mengikut silibus. Ya, sudah tentu program kita sangat mirip dengan UiTM dan kita mampu melaksanakannya.
Jika kita berminat, kita boleh menjadikan program Perkhemahan Asas FHR3616 sebagai Kursus Tahap 1 atau menjadikan Kursus Tahap 1 sebagai program rasmi K3.
Saya percaya hal yang baik ini dibawa ke peringkat perbincangan yang serius oleh pensyarah kita dan saya menawarkan diri untuk membantu.
Kepada kalian yang berminat untuk mengambil Tahap 1 sebelum terus ke Tahap 2 dan Tahap 3, sediakan peserta antara 30-40 orang dan saya boleh bawa kertas kerja cadangan ke Jabatan Belia. Kita ada pilihan, jika nak menunggu peruntukan Jabatan Belia, ia akan mengambil masa kerana peruntukan terhad untuk pelbagai program. Pilihan lain ialah mengeluarkan belanja sendiri bagi menguruskannya. Atau mungkin kita boleh usulkan perkongsian perbelanjaan.
* Bila tulisan ini memasukkan perkataan amat bermanfaat, ia tidaklah sampai menutup bahawa ruang untuk pembaikan itu cukup luas sebagaimana diungkap oleh Benjamin Franklin bahawa ruang yang paling luas di dunia ialah ruang untuk penambahbaikan.

Friday, October 17, 2008
Tuesday, September 16, 2008
Belajar Kayak 1
Siri belajar kayak secara online akan dimuatkan. Jika anda ada video-video tempatan yang menarik untuk dimuatkan (berkaitan rekreasi luar sahaja!) sila maklumkan kepada kami.
Saturday, April 5, 2008
Tasik Bera
Alumni kita Mohd Rizal Mohd Rahim telah mengumumkan di Group Friendster bahawa peluang untuk melakukan penyelidikan bagi pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda dan mungkin bagi yang berminat di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di tempat beliau bertugas - Tasik Bera.
Menurutnya, banyak lagi bahagian penyelidikan yang perlu dibuat antaranya rehabilitasi hutan, local community (tasek bera semelai HQ), tourism potential, activity analysis, visitor perception, ada juga awareness program Bio-D Edu Prgm, bermacam2 bio-d untuk dikaji, nature interpretation, conservation of endemic species, natural wetlands hydrology, water quality, cultural tourism dan lain-lain lagi.
Untuk pertanyaan call 09-2556566, Unit Pengurusan Tapak Ramsar Tasek Bera, Jabatan Perhilitan.
Apa lagi?

Friday, March 28, 2008
Siri 1 : Penyelidikan Dalam Bidang Rekreasi Luar
Pengenalan
Rekreasi luar bukanlah disiplin konvensional dalam bidang akademik - dalam erti kata bukan cabang asas seperti Biologi, Matematik dan Sosiologi. Bidang ini lebih merupakan bidang aplikasi (applied field) yang fokus kepada isu dan masalah yang menarik segmen yang luas dalam masyarakat.
Walaupun penyelidikan dalam bidang rekreasi luar boleh dilihat lebih dari 50 tahun yang lampau (Meinecke 1928; Bates 1935), tumpuan penyelidikan dalam bidang ini hanya aktif selepas Perang Dunia ke-2 (Lundberg et al 1934). Ini berkadar langsung dengan perkembangan ekonomi, pengangkutan, masa senggang dan perkembangan sosial lain yang membantu peningkatan penggunaan kawasan rekreasi.
Difahamkan bahawa permulaan penyelidikan yang serius dalam bidang sains sosial berkaitan rekreasi luar berlaku dengan adanya laporan Outdoor Recreation Resource Review Commision (ORRRC). ORRRC dibentuk di bawah Jawatankuasa Khas Presiden pada 1958 di Amerika untuk membantu kerajaan Amerika pada masa itu dengan laporan Outdoor Recreation in America pada 1962 meliputi 29 kajian khas.
Penyelidikan awal dalam bidang ini kemudiannya banyak bertumpu kepada kajian biologikal dan ekologikal kerana banyak pengurus rekreasi luar telah dilatih secara professional dalam disiplin biologi (Lime 1972a, Hendee and Stankey 1973). Perkembangan kepada segmen lain bermula rancak selepas tahun 60-an (mungkin didorong oleh karya yang menggegar Dunia oleh Racheal Carson - Silent Spring 1962) contohnya Sosiologi (Catton 1971, Hendee 1971), Ekonomi (Clawson and Knetsch 1963), Psikologi (Driver 1972), Geografi (Mitchell 1969) dan pendekatan multi disiplin oleh Lucas (1966).
Dalam bidang sosial sains, kajian awal lebih bersifat deskriptif yang berfokus kepada karakteristik pengguna. Meyersohn (1969) mengkritik laporan ORRRC sebagai terlalu umum serta kurang asas teori dan konsep. Walau bagaimanapun, fenomena ini dikatakan biasa bagi semua bidang yang baru mula berkembang. Selepas itu, penyelidikan yang lebih banyak dan lebih dalam mula digiatkan sehingga kini.
Sebagai penggiat dalam bidang ini, sama ada mahasiswa atau pensyarah, bahkan sesiapa juga yang berminat, bidang ini di Malaysia masih mempunyai perspektif yang luas untuk dikembangkan dan diberi fokus. Dalam realiti Malaysia menuju sebuah negara kelas pertama, sudah tentu masa depan Malaysia akan berdepan dengan tuntutan-tuntutan serupa berkait langsung dan tidak langsung dalam bidang ini.
Berilah perhatian, tingkatkan komitmen dan daya juang untuk kekal menyumbang melalui rekreasi luar di Malaysia.
Disediakan oleh :
Noor Amin bin Ahmad GS 18139
Master Sains (Pengurusan Taman dan Rekreasi)
myreccers(at)yahoo(dot)com
* Terjemahan bebas dengan penambahan dan pengurangan tertentu berdasarkan pembacaan buku Studies in Outdoor Recreation. Sebarang maklum balas berbentuk kritikan, pembetulan boleh disampaikan di ruang komen.

Monday, February 11, 2008
Rentis Mat Kilau
Pada kali ini, dengan pendekatan pengajaran oleh En Sam Shor Nahar Yaakob, beliau telah merencana amali lapangan bagi disiplin "mountaineering" dan jelajah hutan diadakan di Denai Mat Kilau, Kg Pasir Raja, Ulu Terengganu - Kg Bantal, Ulu Tembeling, Pahang. Ekspedisi tersebut dijalankan pada 1-8 Februari 2008, merangkumi 4 aktiviti utama iaitu pacuan 4 roda, jelajah dan pendakian gunung, meredah persisiran sungai dan berakit. Seramai 17 orang peserta kursus FHR 3616 bersama 5 fasilitator K3 terlibat dalam amali ini.
Aktiviti penilaian ekspedisi ini diselia oleh pensyarah kursus dengan bantuan fasilitator K3 dan beberapa alumni FHR3616; antaranya En Ihsan, En. Apau dan En. Chek Ku Zamzuri.
Seramai 3 orang gaid dari kalangan orang Melayu tempatan Kg Pasir Raja (En Jantan, Abg Mie dan Madi) terlibat membantu perjalanan dan persiapan sepanjang ekspedisi tersebut. Plan to Mat Kilau Trail? (contact guide En Jantan 014-8499090 / 09-8331082)
Laporan ekspedisi, movie dan brochure telah disiapkan dan akan dipapar kemudian.

Selamat Datang
Blog ini disediakan untuk...
- Update perkembangan Kursus Kemahiran Rekreasi Luar (FHR 3616), Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia.
- Ruang komunikasi antara pensyarah, peserta kursus dan alumni FHR 3616.
- Medium publisiti dan promosi kegiatan K3 dan FHR 3616.
Selamat datang dan marilah memeriahkan blog kita.
Siapa kata budak rekreasi hanya terperuk dalam hutan dan tak trendy?
Subscribe to:
Posts (Atom)