Pejumpaan malam ini bersama rakan baru K3 di Sanggar 12 pada jam 8.30malam.... Perjumpaan bertujuan untuk memberi serba sedikit taklimat berkenaan dengan Program Eksplorasi Rakan K3 yang akan berlangsung pada 31 Julai - 1 Ogos 2010 di Bukit Ekspo....Semoga program ini bejalan lancar seperti yang dirancangkan....AMIN!!
PARK AND OUTDOOR RECREATION MANAGEMENT IN MALAYSIA
Monday, July 19, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Bazar Persatuan memang best...
Persatuan Bazar yang diadakan pada Sabtu 10 Julai 2010 mendapat sambutan yang cukup menggalakkan... terdapat 44 buah gerai yang menyertai bazar ini dan sudah semestinya kelab K3 tidak terkecuali... program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang. Walaupun keadaan cuaca yang sangat panas, ini tidak membantutkan semangat ahli K3 untuk membuat promosi kepada orang ramai. Keadaan menjadi lebih happening apabila semakin ramai yang datang mengunjungi gerai K3 dan mereka sangat berminat serta teruja dengan aktiviti-aktiviti yang K3 jalankan. Terima kasih kepada mereka yang datang mengunjungi gerai K3. Pekara yang paling best apabila gerai K3 diumumkan sebagai pemenang tempat Ke-2 diantara 44 buah gerai yang menyertai Bazar Persatuan 2010..TAHNIAH KEPADA KELAB K3!!!
Kehadiran En. John yang memeriahkan lagi Gerai K3 di Bazar Persatuan 2010...Kemenangan tempat ke-2 antara 44 buah gerai milik K3...TAHNIAH!!!!
Thursday, July 8, 2010
Promosi...?
Pada 10 Julai 2010 Kelab K3 akan menyertai program Bazar Persatuan 2010 bertempat di Bukit Ekspo pada pukul 8.30 pagi hingga 12.20 tengahari. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah Universiti kepada pelajar-pelajar baru sesi Julai 2010/2011. Kelab K3 mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang ke UPM.... !!
Wednesday, July 7, 2010
Indahnya Pulau Bidong........
Amali yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar kursus FHR3616... Amali yang terakhir serta menarik menjadikan pelajar-pelajar kursus ini tidak sabar dan menghitung hari untuk tiba die destinasi terakhir di Pulau Bidong. Amali Selam Scuba Rekreasi Marin dijalankan di Pulau Penyelidikan Marin Universiti Malaysia Terengganu, Pulau Bidong, Terengganu selama 4 hari 3 malam iaitu bersamaan 3 - 7 Mei 2010. Selain mempelajari ilmu Rekreasi Marin, kepada yang layak untuk dive mereka berpeluang untuk mengambil lesen dive (open water) dan kepada mereka yang kurang layak, mereka disediakan dengan aktiviti-aktiviti yang khas seperti snorkelling, kayak laut, melawat pulau Vietnam, mencandad sotong dan memancing...
Dari Gunung Gagau Ke Gunung Batu Puteh...
Disaat-saat akhir keputusan untuk naik ke Gunung Gagau berubah ke Gunung Batu Puteh yang terletak di Hutan Simpan Kuala woh,Perak. Seramai 36 orang yang menyertai ekspedisi ini iaitu 31 orang pelajar FHR3616, 2 orang staff, 2 orang guide dan seorang alumni. Ekspedisi ini memakan masa selama 3 hari 2 malam (2 – 4 April 2010) dan mula bertolak dari UPM pada 1 April 2010 pada jam 10 malam. Pelbagai susah senang dikongsi bersama-sama dan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesame rakan-rakan. Selain itu ekspedisi ini banyak memberi pengalaman kepada pelajar dan pelajar juga dapat mempelajari sesuatu yang baru. Oleh kerana itu “Batch Batu Puteh” dipilih bersempena dengan ekspedisi ini.
Paintball....paintball...
Selepas Amali Banding, Sukan Paintball menyusul... Amali dijalankan pada 26 - 28 Februari 2010 bertempat di Hutan Simpan Air Hitam Puchong (Hutan Simpan UPM). Pelajar-pelajar diajar semua pekara yang berkaitan dengan Sukan Paintball dari alatan, cara bermain, undang-undang ketika bermain, costing dan sehinggalah cara bagaimana hendak menjalankan aktiviti Sukan Paintball. Ini merupakan pengalaman yang baru dan menyeronokan bagi pelajar-pelajar FHR3616. Untuk makluman Amali Paintball ini adalah yang pertama kali di adakan untuk kursus FHR3616, pelajar tahun ini amat bertuah kerana berpeluang mempelajari tentang Sukan Paintball.
FHR3616 2010
Seramai 30 orang pelajar yang mengambil kursus FHR3616 pada tahun 2010 dan nisbah antara lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 15 lelaki dan 15 perempuan.Tahun ini sebanyak 4 amali harus dilaksanakan, diantaranya adalah Perkhemahan Alam Liar Tasik Temengor,Perak (9h/8m), Asas Sukan Paintball Air Hitam, Puchong (3h/2m), Ekspedisi Jelajah Gunung Batu Puteh Kuala Woh,Perak (3h/2m) dan yang terakhir di Pulau Penyelidikan UMT Bidong, Terengganu selama 4 hari 3 malam untuk aktivti Selam Scuba Rekreasi Marin. Setelah menjalani keseluruhan amali, "Batch BATU PUTIH" telah menjadi nama batch kursus FHR3616 tahun 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)