Friday, October 16, 2009

Outdoor Recreation Skill FHR3616 2010 begin....

Seramai 30 org (15 lelaki & 15 perempuan) telah mendaftar untuk mengikuti kursus Kemahiran Rekreasi Luar yg akan bermula pada Jan 2010 ini. Ini merupakan bilangan yg dianggap tinggi dan menjadi cabaran kepada pensyarah kursus dan krew pembantu dalam menjalankan aktiviti lapangan. Antara outing yang dirancang adalah Pengurusan Ekspedisi Jelajah Gunung Batu Puteh (3h/2m),Selam Skuba Rekreasi Marin, Sukan Paint Ball, dan Perkhemahan Alam Liar (Wilderness Camping) di Kepulauan Tasik Temengor (10h/9m). Selain itu pelajar berpeluang memahirkan kemahiran dalam perancangan dan pengurusan aktiviti rekreasi lasak yang lain seperti pengendalian aktiviti tali (aras tinggi & rendah), perancangan aktiviti survival dan sukan "paint ball".Semoga para pelajar cekal dan menumpukan minat sepenuhnya sepanjang kursus. Goodluck and Stay on Trek!!