Thursday, July 23, 2009

Perjumpaan pertama K3 bersama junior

Tanggal 2 Julai 2009, Kelab Kepimpinan dan Kejurulatihan Rekerasi Luar telah melakar memori indah apabila berjaya mendapat tempat kedua bagi pembukaan gerai kokurikulum sempena Minggu Perkasa Putra sesi 2009/2010. Seramai lebih 200 pelajar baru mendaftar sebagai rakan K3. Bersempena dengan itu, K3 telah menganjurkan perjumpaan kali pertama bersama junior. Perjumpaan diadakan di Pentas Angsana, Bukit Ekspo pada 19 Julai 2009 dan dihadiri oleh kira-kira 30 orang pelajar (dimaklumkan ramai yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan Kursus Permulaan Garduan). Antara aktiviti yang dilakukan ialah memberi taklimat mengenai K3, mengedar dan mengisi borang soal selidik berkaitan rekreasi dan pengenalan diri.