Tuesday, March 31, 2009

Pelajar Perhutanan Turun ke Laut : Scuba Diving in Pulau Bidong

Berakhirnya amali di Pulau Bidong, Terengganu. Ini merupakan Amali 2 FHR3616 Rekreasi Marin merangkap Disiplin Jelajah Dasar Laut yg telah dijalankan pada 25-29 April 2009. Seramai 25 orang terlibat yang terdiri dari 16 orang pelajar dengan diiringi oleh pensyarah kursus, instraktor scuba & dive master dan pembantu kursus. Selain itu, En Amin Taff (pensyarah Fakulti Sains Sukan UPSI), Dr. Azfar (Fakulti Perubatan UPM) dan alumni turut sama membantu. Amali telah berjalan selama 4 hari 3 malam di Stesen Penyelidikan Marin Pulau Bidong. Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Fakulti Agroteknolgi dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu yang diketuai oleh En Bahrin (Abg Jebeh & crew) atas khidmat dan kerjasama yang diberikan. Banyak ilmu yang para pelajar perolehi sepanjang amali ini.


Tuesday, March 10, 2009

Berakhir Amali di Banding? FHR3616 Turun ke Laut

Sudah sekian lama pelaksanaan amali kemahiran air dijalankan di sekitar Tasik Temengor. Sudah sampai masanya kita berubah rasa kepada kemasinan air laut, cabaran ombak, pantai yang panas & sunburn dan mabuk laut. Tambahan dgn angan2 akan bermulanya Bacelor Sains Pengurusan Taman dan Rekreasi Julai 2009 ini (seperti biasa..janji tinggal janji...latest news...tak jadi...pihak Fakulti memberi alasan akan dibuka pada Julai 2010), satu stesen rekreasi luar di persisiran pantai/pulau amat diperlukan. Terdapat beberapa lokasi yg berpotensi untuk dipohon dan dibangunkan bagi tujuan tersebut. Antaranya Pulau Tenggol, Pulau Bidong atau mana-mana pulau yang sesuai di Laut Cina Selatan. Antara ciri kawasan yang ingin dimiliki adalah;

  • bukaan kawasan yang luas, rata dan sesuai untuk pembangunan kemudahan asas seperti tandas, tapak perkhemahan, jeti dan bangsal memasak.
  • ada sumber bekalan air tawar yg bersih
  • berlatarbelakangan hutan semulajadi dan mampu memenuhi pelbagai aktiviti rekreasi dan penyelidikan
  • kedudukan pulau yg tidak berapa jauh dari tanah besar (max 1 jam perjalanan bot)
  • mempunyai persekitaran terumbu karang utk tujuan snorkeling dan selam skuba.
Namun ianya tidak lah semudah untuk kita beralih tempat. Mungkin mengambil masa dan berperingkat-peringkat. Para pelajar yg bakal mengikuti FHR3616 perlu bersedia (mental & fizikal) untuk turun ke laut ketika pihak pengajar berusaha menyediakan kertas kerja yang mantap dan rational terbaik. Ini akan memudahkan proses permohonan kawasan dari agensi berkaitan, pihak Fakulti Perhutanan UPM. Untuk meyakinkan tokeh-tokeh besar di fakulti amat sukar. Doakan semoga ianya berhasil. KE LAUT KITA!